Showing posts with label Fasa 2. Show all posts
Showing posts with label Fasa 2. Show all posts


Menu yang paling simple, senang and yummy! Bahan-bahan sangat mudah didapati.
Lulus untuk semua fasa =) Mayonnaise yang lulus Atkins ialah mayonnaise brand Kewpie penutup colour merah kerana low carbs.


Disediakan oleh: Zanna Zase



Nasi lemak

Nasi ubi konjac
4 sudu besar santan + air
Garam
Masak seperti biasa dalam rice cooker


Sambal

Ikan bilis
Cili giling
Bawang besar
Bawang putih
Asam keping
Stevia

Timun
Telur

Goreng bilis, tambah bawang besar dan angkat.
Tumis bawang putih dan masukkan cili giling.
Masak sampai pecah minyak kemudian tambah asam keping, garam dan stevia.
Masukkan bilis dan bawag yang digoreng tadi.
Telur digoreng dan timun jepun hiris.

Okay siap.. selamat mencuba!

Resipi disedikan oleh: Cik Rai


Hola!

Bila dah start Atkins Diet ni mesti kita teringinnnnnnnnnnnnnn sangattttttttt nak makan roti kan? Aku faham aku faham sangat haha! Resipi kali ni adalah resipi roti flexseed (flexseed bread). Aku tak cuba lagi tapi ramai yang kata sedap =)


Bahan-bahan

3 biji telur dari fridge
3/4 cup flexseed (blend kering)
Garam secubit
Stevia 2 titik
Minyak masak 2 sudu
Esen vanilla sikit

Cara-cara

Heat oven 5 minutes.
Sebatikan semua bahan menggunakan mixer selama 4 minutes.
Kemudian masukkan 1/2 sudu baking powder.
Bakar 20 minutes 200c

Boleh cicah dengan sambal atkins =)


Resipi disediakan oleh: Fafae Mimie


Bahan-bahan

Isi ayam blend
Daun sup cincang
1/2 sudu besar soda bikarbonat (jgn byk sgt nnt pahit..agak2 je)
1biji telur gred C
Garam secubit rasa
Paprika (optional)
1/2 sudu kecil lada hitam (optional)
1/2 sudu besar minyak


Cara-cara

Campur semua bahan. Basahkan tangan dan gentel adunan bulat-bulat. Kalau suka cheese letak inti cheese. Panaskan air dalam periuk smpai mendidih. Masukkan chicken ball. Bila timbul angkat. Okay siap. Boleh dimakan!




Bahan-bahan

Telur
Dada ayam potong kecil
Black pepper
Garam
Daun Ketumbar



Cara-cara


Pecahkan sebiji telur ke dalam bekas aluminium
Masukkan ayam, garam, blackpepper dan daun ketumbar
Masukkan dalam oven dan bakar hingga masak

Menu atkins yang simple dan sedap. Selamat mencuba!

Recipe oleh Puan Hidarti Salamon :)




Bahan-bahan

Isi ayam
Telur
Daun sup
Kobis bunga (racik halus)
Brokoli (racik halus)
Black pepper
Garam

Cara-cara

Blend isi ayam dengan sebiji telur
Kemudia campur semua bahan
Bulatkan kemudian rebus


Nak senang buat banyak-banyak buat stok. Bila lapar boleh rebus or goreng terus.

Selamat mencuba!

Recipe oleh Puan Nor Izyanti Ismail :)


Grilled Chicken
Brocolli - grilled
Telur mata
Cheese
1 sudu mayonis

Menu atkins oleh Ahmad Fazreen :)




Bahan-bahan

Timun jepun
Daun salad
Mayonis Kewpie

Cara-cara

Hiris nipis timun jepun. Daub salad racik kasar. Campur kesemua bahan. Nak lebih sedap campur sekeping cheddar cheese, ikan bilis goreng or hirisan ikan salmon.

Recipe oleh ELristeena Takh :)




Bahan-bahan

Kueteow (telur dadar kosong gulung dan potong seperti kueteow)
Isi ayam
Udang
Daun kucai
Brokoli
Cili Kering (blend)
Garam

Cara-cara

Tumis cili hingga pecah minyak
Masukkan isi ayam, udang dan brokoli.
Kemudian masukkan kueteow
Tambah sedikit garam.
Tabur daun kucai.

Simple dan sedap! Sedia untuk dimakan!